Sambal nasi lemak versi layaannnnn

Bila malam tadi tak boleh tidur (sebab dah tidur siang? Maka mata pun macam burung hantu. Jadi buka la Facebook. Terjumpalah entri pasal sambal nasi lemak layan yang famous amos tu. Bahan-bahan semua dah ada. Maka pagi ni, kita cuba masak sambal nasi lemak versi layan.

Bahan-bahan:


  • Cili kering kisar
  • Ikan bilis
  • Bawang besar
  • Bawang holland
  • Gula merah atau nisan
  • Kiub ikan bilis
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • Asam keping
  • Minyak masak untuk menumis


Cara-cara seperti dalam gambar kat bawah ni.

Tumis bawang merah yang telah dikisar. Aku guna 3 biji bawang besar dan 3 ulas bawang merah kecil. Jangan guna banyak air masa mengisar. 

Tumislah sehingga garing dan kering. Aku punya ni terlebih minyak. Tu yang nampak tak kering.

Masukkan cili kisar dalam 2 senduk kecil. Kuantiti bawang kisar mestilah lebih daripada kuantiti cili kisar menurut resepi asal.

Dalam resepi asal, dia bubuh ikan bilis masa tumis bawang. Tapi aku dah terlajak. Terbubuh cili kisar dulu. So dah mengkhianati resepi asal...hehehe. Ikan bilis ni aku dah goreng siap-siap sebelum dihumban masuk ke dalam kuali ni. Kuantiti ikan bilis sepatutnya dalam dua genggam dalam resepi asal. Tapi aku letak tak sampai segenggam. 

Ni gula merah Melaka. Resepi asal pakai gula nisan yang ada balut daun kat keliling gula tu. Gula Melaka ni saiz kecik. Aku guna dalam 1/3 aje kot.

Api kena sederhana. Kalau besar, gosong (hangit) pulak sambal ni. Warna berubah gelap lepas letak gula merah tadi. Masukkan serbuk perisa. Dalam resepi asal dia bubuh ajinomoto dan garam. 


Kemudian masukkan satu kiub ikan bilis. Kiub ni kering dan rapuh. Jadi masa masukkan tu ramas-ramas bagi hancur supaya tak berketul dalam masakan.

Hiris bawang holland. Aku guna setengah biji aje. Masukkan dalam kuali.

Dalam resepi asal, dia ada sebut bubuh asam keping. Tapi dalam video aku tak nampak pula. Any how, aku bubuh juga 2 keping asam keping untuk rasa masam.

Sepatutnya dah boleh matikan api. Tapi sekali lagi aku mengkhianati resepi asal dengan menambah bahan iaitu... jeng jeng jeng....

Petai maaaa... Manyak syiok oooo

Rasa apa yang kurang, tambahla sendiri. Aku cuma tambah garam. Gula pasir tak letak. resepi asal ada. Sebab aku terlebih letak gula merah tadi kot. Dah manis sambal ni. Cuma kurang masin. Jadi aku tambah garam saja.

Jejeng.... siap dah hidangan nasi lemak aku pagi ni dengan sambal versi layaannn yang kena khianat dek petai...mwahahahaha

Umang aih... minyak berladong. Ni kalau mak aku nampak, mesti dia membebel pasal kolestrol. Kan aku kata tadi, dalam resepi ni aku terlebih bubuh minyak. Sepatutnya sambal ni tak lah banyak minyak sampai camnih. Kalau resepi asal, dia ada bubuh air sebab sambal dia kering. Disebabkan sambal aku dah basah dek minyak, idokler aku nak bubuh air. 

Untuk versi asal, korang bolehlah layan video kat bawah ni. Sukatan yang dia gunakan tak sama dengan yang aku buat ni. Sebab aku buat semangkuk kecil saja. Dan rupa sambal pun tak sama sebab aku banyak mengkhianati resepi sebenar...hahaha. Rasanya aku tak tau sebab aku belum pernah rasa nasi lemak layan ni. Nantilah aku cari


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sambal hangit

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Kena cabut ke?