Jalan ke Frankfurter Buchmesse~Hari Ketujuh

14 Oktober 2017 (Sabtu)

Hari ni hari paling mencabar sepanjang aku ada kat Frankfurt. Masa aku mula-mula tiba dulu, receptionist hotel ada bagitahu pasal bas. Tapi masa tu aku tak berapa nak dapat tangkap maksud dia. Rupa-rupanya dia dah bagitahu, pada hari Sabtu dan Ahad, bas yang aku biasa tunggu kat bus stop Amelia-Mary-Earhart-Straße (Sebutan huruf ß ialah double s), iaitu bas 77 tak ada. Sebab bas tu cuma ada pada hari bekerja. jeng, jeng, jeng.

Patutlah aku tengok dalam DB Navigator, asyik bas 61 dan bas X19 aje yang muncul. Dan bas Of 67 tu lalunya kat Garden Nord. Tak lalu kat Garden Mitte. Ah sudah. Tukar laluan pula dia ya pada hujung minggu. Jadi aku pun terpaksa menapak ke bus stop Gateway Garden Nord, yang terletak kat highway tu. Dalam DB Navigator, suruh aku naik bas X19. Jadi bila bas 61 sampai, aku buat bodoh ajelah. Bas kat sini, kalau kita tak tahan, dia akan berhenti juga sebab dia nampak ada orang tunggu. Walhal, kau bukan nak naik pun bas tu.

Bus stop Gateway Garden Nord yang aku selalu nak elak sebab kena lalu denai kecik nak ke hotel

Ke aku yang salah faham? Hahahaha... Anyway, aku biarkan bas 61 berlalu sebab nak tunggu sangat bas X19, nak sangat ikut kata DB Navigator. Lambat jugalah menunggu. Akhirnya, bas pun sampai. Aku pun naik tanpa waswas. Jalan punya jalan punya jalan.. eh? Apsal aku nampak papan tanda ke Neu Isenburg? Ini bukan jalan yang aku pernah lalu masa nak pergi Wertheim Village ke? Jeng, jeng, jeng. Dengan cuak, aku buka DB Navigator. Okey... so far memang betul route yang dia lalu. Rileks balik.

Bus stop tepi highway. Laju-laju pulak tu. Masa gambar ni kena snap, kebetulan tak ada pula kenderaan lalu. Memang sengaja aje kan nak bagi nampak aku sensorang aje kat situ.

Tetiba, bas masuk ke kawasan kontena tren. Apa pulak ni? tempatnya nampak sunyi. Kat dalam bas, penumpang tam sampai lima orang. Aku cuak balik. Buka DB Navigator. masih betul jalannya. Tapi aku dah cuak sebab kat situ tak ada kawasan penempatan mahupun kedai. Ada banyak bangunan macam gudang. Habeslahhhh...

Masa bas tu belok, aku nampak ada bus stop; Neu-Isenburg Bahnhof Westseite. Dan DB Navigator suruh turun. Dan bukan aku sorang aje yang turun. Aku tengok penumpang lain pun turun. Lega sikit. Bila dah turun, aku terpinga-pinga. Kawasan ni sunyi dan sepi. Haiyark! Baru nak panik, aku ternampak rel tren kat seberang jalan. Dan nampak stesen tren. Fuh! Terus aku melintas dan tuju ke arah stesen. Eh... kejap. Ni mana jalan masuk? Aku pasang navigator nak cari arah. terkial-kial jugaklah kat tempat parking tu. Mujur orang tak ada. Tak nampaklah muka cuak aku sesat.

Welkomen to Neu Isenburg station


Aku nampak ada orang jalan tuju ke rel. Aku ikut. Dia masuk jalan bawah tanah dan ada tangga. Aku ikut. Sampai atas... tu dia Stesen Neu Isenburg. Nak tergelak suka sebab aku tak jadi sesat. Walaupun ada apps DB Navigator kat tangan, aku nak juga tengok peta besar dalam papan tanda. Nak double yakinkan diri aku, memang tak sesat. Line yang aku boleh naik kat sini ialah S3 menuju ke Bad Soden. Dan tren ni lalu Hbf. Eh? Tren ni terus ke Messe la! What the F?

Aku tepuk dahi. Nak gelak ada. Nak menangis pun ada. Punyalah berliku jalan aku selama ni nak ke Messe--naik bas ke Flughafen, kemudian naik tren sampai Hbf. Kemudian tukar tren ke Messe. Padahal, kalau aku naik bas X19 kat bus stop Gateway Garden Nord (yang aku paling takut selama ni), naik satu tren aje... dah sampai. Cehhhhhh!


Sunyi. Macam bandar kena tinggal

Stesen tu memang sunyi pagi tu. Mungkin sebab hari Sabtu. Orang tak kerja. Adalah makcik-makcik Jerman baru sampai kat stesen. Depa tengok-tengok aku macam tak pernah tengok aku. Yalah. Muka pelik agaknya. Tak macam orang Eropah. Pakai tudung. Aku buat tak tahu sajalah. Tiba aje tren S3, aku terus naik. Sampai kat Hbf, aku tak turun. Terasa diri ni bengong sambil geleng-geleng kepala sampailah ke Messe.

Kisah rasa nak tepuk dahi berkali-kali ni bersambung pulak hari Ahad. Nak tau apa pulak kisahnya, tunggu entri esok ya.

Nangis aku tengok peta ni. Ada jalan mudah, aku merry go round. Lima hari pulak tu aku buat keje sia-sia...huhuhu. Mujur naik RMV semua free. Kalau tak, buang duit tambang aje ikut jalan jauh.

Memang mencabar betul hari Sabtu tu! Aku agak terlambat sampai ke Messe. Dalam pukul 9.30 pagi. padahal pagi tu sepatutnya dari pukul 9.00 pagi hingga 3.00 petang, aku perlu hadiri konvensyen penerbit. Tapi mujur masa aku sampai, sesi belum start. Berpeluh gak berlari mengejar masa.

Kat luar, Messe dah dibuka kepada kunjungan awam. Masa hari ni lah ramai pengunjung cosplay berhimpun kat Agora. Hati aku bagai digaru-garu suruh keluar nak meninjau keadaan. Tapi konvensyen mana boleh tinggal. Nak kena cari networking. Kertas kerja yang dibentangkan pun menarik. Harus beri tumpuan.

Hidangan lunch yang disediakan semasa konvensyen. Gila light. Mana kenyang. Sekali ngap aje, abes. Ada lagi 2-3 jenis. Yang ada udang aku tak sempat amik. Dah habis. Yang ada ham, aku tak berani nak amik sebab tak tau ham jenis apa. 

Memang sempoi aje orang Jerman ni buat konvensyen. Tak ada ceremonial sangat. Straight forward dan straight to the point(er). Lunch pun depa hidangkan ala-ala finger food masa jamuan cocktail. Macam roti baguette berlauk. Simple aje. Dan organizer order tak cukup makanan. Apa taknya, sorang amik 4-6 ketul. Terpaksalah depa top up. Sementara nak tunggu top up sampai, depa edarkan coklat sebagai pengganti sementara. Ada sorang peserta dari UK, komen kenapa makanan macam ni aje. Hehehe...

Padahal bayar yuran €68.00. Kalau matawang Euro, memanglah murah. Cer convert RM. Macam tak patut aje makan macam ni.... hahahaha. Tapi yelah.. ni budaya mereka. Memang sempoi. Aku tak kisah pun sebenarnya. Saja nak buat perbandingan.

Bila habis saja konvensyen, aku bergegas menjenguk ke Agora. Tak ramai cosplay pula. Mungkin ramai yang dah balik. Kawan aku yang tak join konvensyen cakap tahun ni, agak korang cosplay. Tahun sebelumnya, memang meriah.

Pengunjung awam dah mula ramai membanjiri Agora pagi tu
Ingatkan dapatkan berswaforo dengan Zero Kiryu atau Ichigo Kurosaki. Hurmm... melepas. Aku pulang ke Stand Malaysia, menjenguk keadaan. Lebih kurang pukul 4.00, kami bergegas ke Hall 3.1 Gourmet Gallery untuk melihat penyampaian hadiah kepada pemenang Beauty and the Book Award. Tahun ni aku tak sempat masuk. Sebab masih baru dan terpinga-pinga tak tahu apa nak buat. Tahun depan, kalau ada cover buku yang menarik, aku nak try hantar. Manalah tau, menang.

Lepas selesai acara, kami pun berpisah arah dan pulang. Hari tu aku tak jalan-jalan ke mana-mana sebab tukang bawa jalan-jalan ada hal. Maka baliklah awal ke Flughafen. Nak jalan sorang-sorang dah lewat. Lagipun nak ke mana? Malam-malam bahaya. Takut jumpa orang mabuk todi. Haru pulak nanti.

Dah hari akhir-akhir barulah aku terhegeh-hegeh nak try cereal masa breakfast. Sebelum ni malu-malu badak.... hahaha

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sambal hangit

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Kena cabut ke?