Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2016

Sambal Ikan Bilis Tempoyak dan Petai

Imej
Inilah kejadiannya sambal ikan bilis tempoyak dengan petai Dah lama nak makan sambal bilis tempoyak ni. Tapi belum berkesempatan. Semalam CFO beli petai berpapan-papan. Geram lak tengok. Tempoyak homemade hari tu ada lagi. Jadi hari ni, berlaukkan sambal ikan bilis tempoyak dan petailah kita. Resepi ni aku cedok kat Google. Tak ingat blog siapa. Bahan-bahan yang dia gunakan simple. Tak guna bawang pun. Mungkin lain kali aku guna bawang. Rasa lebih sedap kot. Bahan-bahan (sukatan ikut anggaran sendiri) Ikan bilis (belah dua, buang kepala) Tempoyak Cili padi (kalau nak super hawt, letaklah banyak2. Ikut ketahanan fizikal dan mental masing2) Petai (buang kulit, ambil isi. Nak belah dua pun boleh) Kunyit hidup Daun kunyit (dihiris nipis macam nak buat bunga rampai) Garam Cara penyediaan 1. Bersihkan ikan bilis. Goreng separa garing dengan minyak 2. Kisar cili padi dan kunyit 3. Tumis bahan kisar tadi sampai cili naik bau 4. Masukkan tempoyak. Kacau sebati 5. Masukk