Simple Moza Cheese Sheperd Pie

Sumber: Potato Goodness
Aku suka kentang. Kentang lenyek. Kentang goreng. Apa-apa saja kentang. Tapi kandungan carbohydrate kentang ni memang tinggi. Tu kata aku yang nyata agak misleading....hahaha. Kesian kentang! Ini nutritional facts sebenar sebiji kentang.

Tak hado kolesterol! Tak hado sodium (garam). Gula pun baru 1 gram per 5.0 oz kentang. Makanya...boleh lah makan kentang secara sihat. Untuk orang diet, kentang ni is a NO-NO. Aku pun tak berapa nak pasti kenapa. Mungkin bergantung pada cara masakan kot. Kalau korang nak tau, Google sendiri ya.

Resepi kali ni sangatlah marvelloullicious! Simple Moza Cheese Sheperd Pie. Lima perkataan untuk gambarkan satu masakan. Mouthful nak nyebutnya. Sebut pie kentang cukuplah kan?

Mashed Potato:
  • Kentang
  • 1 kotak kecil susu segar
  • 2/3 sudu besar butter 
  • secukup rasa garam, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah
Cara penyediaan:

Rebus kentang sampai empuk, toskan & lenyekkan hingga agak halus (nak simple, gunakan belakang mug). Masukkan butter, susu segar, sedikit garam, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah

Inti Daging (Simple):
  • Daging kisar
  • Bawang besar - cincang
  • Bawang putih - cincang 
  • Serbuk lada hitam
  • Sedikit tepung jagung 
  • Serbuk perasa (jika nak letak)
  • Garam
Cara penyediaan:
  • Tumis bawang besar, bawang putih cincang
  • Masukkan daging kisar. 
  • Agak daging dah empuk, masukkan serbuk lada hitam, serbuk perasa dan garam
  • Masukkan sedikit tepung jagung untuk pekatkan inti, dah agak kental sikit, angkat dan toskan air/minyaknya. Ketepikan
Topping:
  • Mozarella cheese parut
  • sedikit daun sup/daun parsley/atau apa2 je janji nampak ijau (sukati) hehe
  • sedikit paprika/serbuk cili di atas (untuk kasi rasa Malaysia - mau pedas sikit). dalam gambar tidak ada
Cadangan bakar:
Masukkan dalam oven 180 - 12 minit untuk cairkan cheese je kat atas tu. Siap!

Disclaimer: Text and picture by Facebook Account Owner Nieza Nor Hamnira. Edited by ME

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Sambal hangit

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap