Bread Lasagna atau Lasagna Roti

Kahkahkah....aku nak gelak dulu. Sebab makanan ni aku dah cuba buat. It happened that on that blissful day, my fingers aren't doing any magical moves. So disaster berlaku. Lupa nak set oven bahagian bawah. Hasilnya, watashi no cheezu hangus. Bahagian bawah dan tengah jadi soggy sebab tak berapa nak masak. Tapi aku balun jelah walaupun kejadiannya tak sempurna.

Ni resepi Bread Lasagna atau Lasagna Roti yang aku cuba hari tu.

Bahan-bahan:

  • 1/2 bawang besar (aku guna bawang Holland)
  • 1/2 tiub daging cincang
  • 1 genggam mixed veggie
  • sos cili
  • sos tomato
  • salt n pepper
  • roti (aku guna wholemeal bread)
  • telur
  • susu
  • mozarella cheese

Cara-caranya:

Sediakan inti dulu:
Tumis bawang, masukkan daging biar sampai empuk.
Masukkan sos cili, tomato,salt, pepper and mixed veggie. masak sampai kering sikit.

Bahan kulit:
Pukul telur dan susu.
Celupkan roti dalam bancuhan telur dan susu tu.
Then letak inti yg dah masak then tabur mozarella cheese. Buat 2 layer.
Bakar suhu 180c sampai cheese topping kekuningan.

Nota aku: Pastikan api oven atas bawah dipasang. Nanti disaster macam aku. Kalau oven canggih, mungkin tak perlu set kot.

Disclaimer: Text and picture by Facebook Page Rahsia Hawa. Edited by ME

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Sambal hangit

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap