Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Lagenda Dhiyapura

Imej
Jika kisah lagenda, selalunya bersiri, sama ada dwilogi ataupun trilogi ataupun mungkin lebih. Semasa mula menulis ...dan Mimpi Pun Bersatu, tidak pernah tergambar di fikiran saya mahu menyambung kisah ini. Apabila siap sahaja manuskrip pertama, barulah timbul idea untuk menyambung kisah ini. Hasilnya, terbitlah Kasih Pun Bersatu. Sewaktu buku kedua disiapkan, tiada langsung usaha hendak menyambungnya ke buku yang ketiga. Kini, sesudah keedua-dua buku terbit, muncul idea (dan mengambil beberapa cadangan dan permintaan pembaca), kisah raja-raja Dhiyapura ini akan disambung menjadi trilogi. Maka sebab itu, saya memanggilnya Lagenda Dhiyapura. Buat masa ini, buku yang ketiga masih dalam rangka kerja, susunan plot serta pembinaan watak. Masih lagi di peringkat awal dan banyak kajian perlu dijalankan. Siapa watak utamanya kali ini? Kenalah tunggu, ya.

Stolen moments

Imej
The graduation robe I was thinking of sharing my joy by uploading several graduation pictures inside of this blog. However, the happiness turns into the most regretful moment. My Sony Ericsson handphone was stolen while I was trapped in the human traffic jammed outside the graduation hall. Furthermore, I was carrying Thaqif and my sling bag just went behind my back. I bet, during this moment, the haram jadah culprit do his or her job. Whoever stole the handphone, I pray that he or she will have bloated stomach forever. It's horrible than death, is it? Hahaha...take that! I have few pictures of me, my friends, my children and my husband, taken during the event, which I treasured the most. Hence I was able to upload only one picture of me while I'm still seating inside the hall. Now the only pictures that I have left are the ceremonial pictures taken on stage and the family photo we took at the makeshift studio inside the hall. Just that and no candid pictures of me and

My sweetheart

Imej
Setiap penulis pasti ada koleksi kegemaran penulisan yang mereka hasilkan. Yang istimewa tentulah yang memberikan kenangan manis. Bagi saya, setiap karya yang saya hasilkan mempunyai kenangan manis yang tersendiri sewaktu proses penulisannya. Dua buah karya yang paling saya sayangi ialah Dan Mimpi Pun Bersatu dan Kasih Pun Bersatu . Saya amat menggemari kedua-dua buah karya yang saya anggap sebagai 'buah hati'. Selain dua buah karya ini, Kerana Dia Cinta dan nopen Cinta Terakhir I ( Biarlah Kusendiri ), Cinta Terakhir II, Cupido I, II dan III (kesemuanya daripada kompilasi nopen Kasih Yang Tak Pasti ) juga merupakan kegemaran saya. Kini saya sedang menyudahkan kesinambungan Kerana Dia Cinta . Ia bukan seperti kesinambungan antara Dan Mimpi Pun Bersatu dan Kasih Pun Bersatu . Saya menggelarnya Projek PRS. Projek ini lebih kepada kisah lanjutan salah seorang watak utama dalam Kerana Dia Cinta . Kalau anda merasakan Projek PRS ialah sambungan Kerana Dia Cinta , anda ternyata s

To go or not to go

Again...I have to go through that particular 'butterfly in the stomach' experience. I know the day would come someday...somewhere in 2013 but I never thought it will be now...as today. I hit the sent button on Tuesday. On Wednesday, I received that phone call. And today afternoon, I was in their office appearing for first round interview. The second round would be someday next week if I get through the first screening. Why am I doing this so early? I have another 2 1/2 year to go to enjoy this luxury salary. Well, when luxury does not make any sense, work satisfaction does. And unfortunately vice versa. We cannot get both of them. Why? Thousands of times I have been asking this particular question. Why can't a hefty salary be coupled with a job satisfaction? Why can't I enjoy both? This is life...you can't get everything you want in a single breath. You have to win some and lose some. Unfortunately, I stubbornly won't accept the fact. I believe there are big

Dalam hati ada taman

Imej
 Alhamdulillah. Persoalan yang berlegar di minda sejak beberapa lama ini sudah terjawab. Segala yang gelap sudah pun terang. Yang samar sudah pun nyata. Jadi tidak lagi saya tertanya-tanya. Apa yang saya impikan selama ini sebagai penulis sudah pun tercapai. Hanya tinggal usaha mengekalkan impian ini dan membawanya ke tempat yang lebih tinggi. Selepas ini, tiada lagi pencarian kerana saya sudah temui destinasi yang terakhir dan moga-moga yang terbaik. Saya bersedia memberikan komitmen dan mencurahkan kesungguhan seperti yang saya lakukan untuk projek-projek sebelum ini. P/S: terasa bagai mimpi apabila saya diterima. Alhamdulillah.

Salah ke?

Imej
Tak salah kalau kita menginginkan sesuatu yang lebih baik. Tak salah kalau kita mencari tempat berpaut yang lebih terjamin. Tak salah kalau kita mencuba ke sana ke mari semata-mata mahu memilih yang boleh dipercayai. Kecewa...semua orang pernah kecewa pada tahap masing-masing. Ada yang kecewa, tak bangun-bangun. Ada yang kecewa, terus bangkit melawan kekecewaan. Ada yang kecewa bangkit dengan seribu dendam terpahat di sanubari. Ada yang kecewa mencari jalan keluar dengan meninggalkan segala-galanya. Puas...tahap kepuasan berbeza-beza. Ada yang cukup sekadar A dan B. Tapi ada yang nak tambah C. Itu pun ada yang rasa tak cukup dan tambah D serta E. Apa itu puas? Adakah sehingga semua keinginan dapat dipenuhi secara total? Atau hanya sebahagian saja? Atau hanya cukup-cukup makan? Ingatkan dah jumpa tempat berpaut, rupa-rupanya berpaut pada dahan yang rapuh. Kecewa. Sedih. Duka. Nestapa. Apa nak buat kalau kuasa penentu bukan di tangan kita? Tak salah kalau kita beralih arah? Salah ke?

Akan datang Izza Aripin 2011

Imej
penafian: kulit novel ini hanya rekaan penulis dan bukan untuk tujuan komersial Tajuk entri bikin gempak. Tapi memang betul pun...novelis Izza Aripin akan terbitkan novel terbaharunya, insya-Allah, tahun depan. Sekiranya tiada aral melintang dan segala urusan berjalan lancar, novel terbaharu ini akan berada di pasaran menemui peminat novel tanah air, umumnya dan penyokong setia Izza Aripin, khasnya. Kenapa pula entri ni naik kat sini dan bukan di blog Novel Izza seperti selalu? Entri tersesat sebab GPS rosak ke apa ni? Persoalan yang bagus. Berita ni tak boleh diwarwarkan dahulu secara rasmi sehingga mendapat kebenaran pihak tertentu. Sebarang pengumuman rasmi, hanya pihak tertentu yang terbabit saja yang boleh umumkan. Aku sekadar layan jiwang syok sendiri. Entah kenapa jus kreatif aku membuak-buak semenjak petang tadi. Hinggalah siap kulit novel terbaharu Izza Aripin ni. Sebagai makluman, tajuk novel ni, tajuk lama. Izza Aripin tak guna tajuk baharu kerana atas sebab-sebab tertentu

Carrot cake vs Ramly burger pie

Imej
Sempena hari jadi Cik Abang yang ke-36, aku pun buatlah kek lobak merah berkeju....errr...macam pelik pula bunyinya. Carrot cake with cheese topping...hah...inilah nama kek yang aku buat. Resepi carrot cake ni aku pernah kongsi dulu. Cuma tang topping tu, aku tiru resepi daripada kek lain. Sengaja aku gabungkan dua menjadi satu. Boleh tahan juga rasanya. Cuma rupa kek ni, taklah menarik sebab aku tak ada loyang kek yang sesuai. Nampaknya lepas ni aku dah ada justifikasi untuk membeli loyang kek. Selain tu aku buat juga pai yang asalnya resepi daripada the ever famous Szakif Pie . Cuma kali ni aku ubah sedikit resepinya. Aku gunakan daging burger Ramly dan juga fettucine. Pasta spiral kat rumah dah habis stok. Daging burger ada banyak sebab kononnya menu bersahur dulu. Tapi sekeping pun tak luar. Maka nak elak pembaziran, aku buatlah Ramly burger pai. Kak Wi pun ada cadangkan untuk guna daging burger. Verdict aku, rasanya macam burger. Kalau orang yang tak suka burger Malaysia (macam

Open house Raya

Imej
Sabtu lepas aku buat majlis makan-makan raya. Tak panggil open house sebab jemput keluarga terdekat, jiran tetangga (pun tak semua) dan sahabat rapat saja. Kata Cik Abang, tahun depan baru buat open house macam tahun lepas dan boleh jemput semua orang yang dikenali. Harus aku tempat khidmat katering. Tahun ni aku masa sendiri. Konon-konon nak tunjuk hebat. Mak ai...letihnya usah cakap. Sediakan makanan untuk 50 orang +/- pun dah rasa macam nak terbongkang, ini kan pula untuk 200 orang +/-. Memang kena upah orang masak. Menu utama nasi beriani. Laki aku suruh buat. Selalu guna rempah beriani segera Maggi. Kali ni aku beli rempah beriani jenama lain dan adun sendiri dengan rempah ratus lain. Entah apalah rasanya. Aku tengok laju aje tetamu makan. Sedap atau lapar? Hahaha.... Lauk utama ialah ayam berlada. Resepi ni aku belajar daripada Dr Noraini, isteri Chairman tempat aku kerja. Masa pergi beraya ke rumah dia tempoh hari, dia masak nasi ayam dan lauknya ayam berlada ni. Masa berbu

Tartlet buah

Imej
Hari ada jamuan potluck raya di opis. Jadi aku buat tart buah. Dah lama tak buat tart. Kalau tak buat, mesti lupa. Dari pukul 8 malam sampai ke pukul 1 pagi, baru siap tart aku. Sempat lagi tengok My Girl sambil nangis-nangis.... Resepinya nanti aku bagi, ya.

Penulis merajuk

Sepatutnya aku nak khaskan entri bulan raya ni dengan kisah raya. Tapi tak sempat-sempat nak upload gambar dan mengarang hikayat raya. Waima disebabkan ada satu berita gumbira, maka aku gagahkan diri mengupdate blog dengan berita itu. Tengok tajuk entri betul-betul. Ya, aku akan berpindah lagi. Berapa kali pindah da....memang kena banyak perpindahan dan penghijrahan ke tempat yang lebih baik dan terjamin. Kalau berpindah ke tempat yang sengsara, lebih baik tak payah, kan? Rasa aku tak ada orang yang memilih untuk berhijrah atau berpindah ke tempat yang tak menjamin masa depan dan membahagiakan. Insya-Allah, ini perpindahan terakhir. Lepas ni aku tak nak ke mana-mana. Cukuplah apa yang ada. Zaman pemburuan dah tamat. Kini zaman santai, berehat-rehat sambil mencurah kreativiti kepada yang terbaik. Bukan tak ada yang terbaik sebelum ini. Memang ada dan aku akan kekalkan hubungan baik dengan dua yang terbaik itu. Satu yang tak baik yang mendorong aku berhijrah tu, maaf cakap, hubungan

Al-Ahmadi: Dahulu dan Kini

Imej
Al-Ahmadi, nama sekolah aku yang aku sangka akan terkubur buat selama-lama dalam lipatan memori. Rupa-rupanya tidak. Dengan teknologi Facebook, aku kembali mengingati kenangan di Al-Ahmadi. Facebook banyak membantu menemukan aku dengan kawan-kawan lama, baik senior, sebaya mahupun junior hingga ke super-supernya sekali. Pada 8 Syawal lalu, aku kembali ke bumi Kg Paya Rumput, Sg Udang menjejaki memori silam yang ku tinggalkan. Dan18 tahun aku tinggalkan Al-Ahmadi. Pernah juga jenguk beberapa kali dalam jangka masa 18 tahun ni. Tapi kunjungan lalu lebih bermakna kerana aku dapat 'kongsi' Al-Ahmadi dengan suami dan anak-anakku. Tak pernah terbayang di kepala saat itu akan muncul. Bagi aku kenangan di Al-Ahmadi--baik yang manis mahupun buruk--adalah antara kenangan paling berharga dalam hidup. OMG...tears breaming my eyes already meh....hahaha. Melankolik sunggoh! Saksikan rakaman memori aku bersama Al-Ahmadi. Di belakang kami ialah bangunan kelas dan tiang bendera Sekol